Jangka hayat tumbuhan Tumbuhan

Sebagai tambahan kepada pengelasan saintifik tumbuhan, atau pendekatan yang paling popular berasaskan sistem tersebut, terdapat juga pengelasan tumbuhan melalui cara lain yang akan dibincangkan di sini.

Tumbuhan jatuh dalam salah satu antara lima kumpulan berdasarkan jangka hayat ia.

  1. Tumbuhan efemeral - mempunyai dua kitar hidup dalam satu musim.
  2. Tumbuhan semusim - mempunyai satu kitar hidup untuk semusim atau dalam setahun
  3. Tumbuhan dwimusim - mempunyai dua kitar hidup dalam dua tahun. Kitar pertama adalah pertumbuhan tampang dan kitar kedua ialah pembiakan.
  4. Tumbuhan herba saka - tumbuhan herba yang hidup lebih dari dua tahun.
  5. Tumbuhan berkayu saka - tumbuhan berkayu yang hidup lebih dari dua tahun.

Struktur setiap kategori tumbuhan tersebut berbeza setiapnya dan hanya tumbuhan berkayu saka mempunyai kebolehan untuk meningkatkan ukur lilitnya pada tahun kedua dan seterusnya. Tumbuhan efemeral, semusim, dwimusim dan herba saka semuanya ialah herba iaitu ia mempunyai pertumbuhan lembut herba. Tumbuhan semusim tidak pergi untuk musim kedua, tetapi tumbuhan herba saka mempunyai strategi untuk terus hidup dari tahun ke tahun dengan kematian dan penghidupan pertumbuhan ia, dengan tambahan simpanan organ bawah tanah baru.